A. AMALAN 5S
Amalan 5S merupakan landasan utama budaya EKSA. 5S adalah singkatan daripada perkataan bahasa Jepun iaitu Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke. Jika diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, akan membawa maksud seperti yang dinyatakan di bawah :
1. SISIH
Tumpuan diberikan kepada pengasingan dan pelupusan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja.
Aktiviti penyisihan barang dijalankan bagi mengenalpasti barang yang masih di perlukan.
Aktiviti sisih melibatkan:
- Item yang tiada nilai dan senang dibuang, perlu dibuang segera.
- Item yang ada nilai tetapi tidak digunakan dan tiada kegunaan pada masa akan datang, maka perlu dihapuskan atau dijual mengikut prosedur.
- Item yang tiada nilai tetapi melibatkan kos pelupusan tinggi, maka kaedah atau kos yang paling rendah, perlu ditentukan.
2. SUSUN
Amalan ini merujuk kepada prinsip “Setiap barang ada tempatnya dan setiap tempat ada barangnya”.
Penekanan tertumpu kepada kaedah penyusunan yang teratur, kemas, berkesan dan selamat.
Aktiviti penyusunan barang dilakukan bagi memastikan barang bukan sahaja kemas dan terartur malah, mudah di cari.
Aktiviti susun melibatkan:
3. SAPU
Tindakan diambil bagi memastikan ruang tempat kerja dan peralatan di dalam keadaan bersih dan tidak menjejaskan kualiti peralatan dan kualiti kerja.
Setiap ruang dan peralatan dibersihkan dar sebarang kekotoran. Jika berlaku kerosakan, tindakan penyelenggaraan akan dijalankan dengan segera.
Aktiviti penyusunan barang dilakukan bagi memastikan barang bukan sahaja kemas dan terartur malah, mudah di cari.
Aktiviti susun melibatkan:
- Item yang disusun dalam aturan First-Expiry-First-Out (Luput Dulu Keluar Dulu) jika mempunyai tarikh luput. Jika item tidak mempunyai tarikh luput ATAU item mempunyai tarikh luput yang sama, maka aturan First-In-First-Out (Masuk Dulu Keluar Dulu) akan digunakan.
- Item yang dilabelkan dengan nama dan nombor indeks.
- Item yang disimpan mengikut kategori.
- Item yang diatur supaya mudah dikesan dan boleh dicapai dalam masa 30 saat
Tindakan diambil bagi memastikan ruang tempat kerja dan peralatan di dalam keadaan bersih dan tidak menjejaskan kualiti peralatan dan kualiti kerja.
Setiap ruang dan peralatan dibersihkan dar sebarang kekotoran. Jika berlaku kerosakan, tindakan penyelenggaraan akan dijalankan dengan segera.
Aktiviti sapu melibatkan:
4. SERAGAM
Piawaian persekitaran berkualiti dipatuhi bagi memastikan tempat kerja bersih dan teratur sepanjang masa.
Tindakan yang diambil adalah untuk mewujudkan keseragaman prosedur, susun atur atau format.
- Menetapkan pemilik (ownership) bagi setiap ruang, perkakas dan mesin.
- Memastikan proses pembersihan dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
- Merekod dan melaporkan segala kerosakan untuk tindakan penyelenggaraan.
Piawaian persekitaran berkualiti dipatuhi bagi memastikan tempat kerja bersih dan teratur sepanjang masa.
Tindakan yang diambil adalah untuk mewujudkan keseragaman prosedur, susun atur atau format.
Penyimpanan dan susun atur barang perlu dibuat lebih
sistematik dan seragam bagi memudahkan pencarian
5. SENTIASA AMAL
Tindakan yang diambil adalah mengekalkan semua amalan sisih, susun, sapu dan seragam serta melakukan penambahbaikan untuk mempergiatkan amalan EKSA.
Aktiviti sentiasa amal melibatkan:
Tindakan yang diambil adalah mengekalkan semua amalan sisih, susun, sapu dan seragam serta melakukan penambahbaikan untuk mempergiatkan amalan EKSA.
Aktiviti sentiasa amal melibatkan:
- Audit dalaman dilakukan secara berkala.
- Aktiviti promosi dijalankan secara berterusan.
- Mewujudkan sistem pengiktirafan dan penghargaan kepada usaha yang ditunjukkan oleh warga hospital.
- Mengadakan program kesedaran EKSA secara berterusan melalui latihan.
A. PENJENAMAAN SEMULA 5S KEPADA EKSA (EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM)
EKSA, singkatan kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam, telah diperkenalkan bagi penjenamaan semula 5S -Rujuk Buku Panduan Pelaksanaan EKSA (Ekosistem Kondusif Sektor Awam) Cetakan 1 2015 MAMPU.
Justeru, nama EKSA akan digunapakai bagi menggantikan nama 5S dalam garispanduan ini.
Tujuan penjenamaan semula
|
Menampilkan imej baru
|
Kekal relevan
| |
Mempunyai identiti tersendiri
| |
Membudayakan amalan EKSA secara lebih menyeluruh
| |
Memenuhi keperluan semasa
| |
Objektif penjenamaan semula
|
Dapat menampilkan imej korporat
|
Mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif
| |
Melahirkan warga hospital yang lebih kreatif dan inovatif
| |
Mempertingkatkan penjimatan tenaga serta kitar semula (Go Green)
| |
Faedah melaksanakan EKSA
|
Mewujudkan persekitaran tempat kerja berkualiti (bersih, kemas dan rapi)
|
Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan organisasi
| |
Mengenalpasti, mengurang dan menghapuskan pembaziran
| |
Meningkatkan imej hospital
| |
Menjana idea kreatif di kalangan warga hospital
| |
Meningkatkan semangat kerja berpasukan
| |
Meningkatkan disiplin warga hospital
| |
Meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan
| |
Mewujudkan piawaian kerja yang jelas
|
No comments:
Post a Comment