Blog ini memaparkan aktiviti-aktiviti EKSA Zon Serindit yang dijalankan di Hospital Tapah
Wednesday, December 19, 2018
Pengenalan EKSA dan Carta Organisasi ZON Serindit
EKSA diperkenalkan mulai Januari 2014 sebagai inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam. Ia menitikberatkan keperluan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif kepada sektor awam di Malaysia. Penjenamaan ini membantu dalam meningkatkan prestasi dan daya saing organisasi sambil menyemarakkan budaya kreatif dan inovatif.(Untuk bacaan lebih sila melayari: http://www.mampu.gov.my/ms/ekosistem-kondusif-sektor-awam-eksa)
Thursday, December 13, 2018
Ini Merupakan Blog Zon Serindit , Hospital Tapah
Monday 2 April 2018
Hari EKSA Hospital Tapah 2018
Tarikh : 2 April 2018
Lokasi : Perkarangan Hospital Tapah
Jam : 8.00pagi - 12.00tengahhari
Hari Pelancaran EKSA 2018 telah dilaksanakan pada 2 April 2018. Antara aktiviti yang telah dianjurkan pada hari tersebut adalah, pertandingan gerai terbaik,penerangan dari pegawai mengenai EKSA serta penyampaian hadiah bagi program EKSA.
Para kakitangan hospital telah berganding bahu dalam menjayakan Hari EKSA Hospital Tapah 2018. Pelbagai gerai jualan telah didirikan bagi mengumpul dana dalam menjalankan aktiviti EKSA bagi zon masing-masing. Antara gerai jualan yang terdapat pada hari EKSA tersebut adalah gerai jagung 'corn in a cup' dan popcorn, gerai kuih muih,buah-buahan, foodtruck burger, gerai laksa dan bihun sup, gerai kerabu somtam, gerai jualan kerepek dan gerai minuman.
Kelihatan tiga orang staf sedang menyusun buah-buahan untuk dijual |
Kelihatan seorang staf sedang membakar burger di kedai untuk dijual |
Subscribe to:
Posts (Atom)