ZON SERINDIT EKSA BLOGGER

Wednesday, December 19, 2018

Pengenalan EKSA dan Carta Organisasi ZON Serindit



EKSA diperkenalkan mulai Januari 2014 sebagai inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam. Ia menitikberatkan keperluan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif kepada sektor awam di Malaysia. Penjenamaan ini membantu dalam meningkatkan prestasi dan daya saing organisasi sambil menyemarakkan budaya kreatif dan inovatif.(Untuk bacaan lebih sila melayari: http://www.mampu.gov.my/ms/ekosistem-kondusif-sektor-awam-eksa)





Thursday, December 13, 2018

Ini Merupakan Blog Zon Serindit , Hospital Tapah



Monday 2 April 2018


Hari EKSA Hospital Tapah 2018



Tarikh : 2 April 2018
Lokasi : Perkarangan Hospital Tapah
Jam : 8.00pagi - 12.00tengahhari



Hari Pelancaran EKSA 2018 telah dilaksanakan pada 2 April 2018. Antara aktiviti yang telah dianjurkan pada hari tersebut adalah, pertandingan gerai terbaik,penerangan dari pegawai mengenai EKSA serta penyampaian hadiah bagi program EKSA.

Para kakitangan hospital telah berganding bahu dalam menjayakan Hari EKSA Hospital Tapah 2018. Pelbagai gerai jualan telah didirikan bagi mengumpul dana dalam menjalankan aktiviti EKSA bagi zon masing-masing. Antara gerai jualan yang terdapat pada hari EKSA tersebut adalah gerai jagung 'corn in a cup' dan popcorn, gerai kuih muih,buah-buahan, foodtruck burger, gerai laksa dan bihun sup, gerai kerabu somtam, gerai jualan kerepek dan gerai minuman.

Kelihatan tiga orang staf sedang menyusun buah-buahan untuk dijual 

Kelihatan seorang staf sedang membakar burger di kedai untuk dijual